MICFL 2021: IR 4.0 In Foreign Language Studies | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » MICFL 2021: IR 4.0 in Foreign Language Studies

MICFL 2021: IR 4.0 in Foreign Language Studies

Oleh: Salina Husain

 

Pada 4 hingga 5 Oktober 2021 telah berlangsung denga jayanya satu persidangan bertaraf antarabangsa yang dikenali sebagai 7th Malaysia International Conference on Foregin Languages atau lebih dikenali sebagai MICFL 2021. Penganjuran MICFL 2021 kali ini agak berbeza dengan seminar lepas kerana terpaksa diadakan secara maya disebabkan keadaan semasa negara yang masih lagi ‘berperang’ dengan pandemik Covid 19. Majlis Perasmian MICFL kali ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dalam suasana norma baharu.



Professor Emeritus Keiko Horii daripada Universiti Mushasino, Jepun telah dijemput sebagai ucaptama, manakala Profesor Dr Muhammad Sabri Sahir dari Universiti Islam Antarabangsa dan Profesor Dr Ismi Arif Ismail dari Universiti Putra Malaysia merupakan jemputan sebagai plenary speaker bagi MICFL 2021.

Sebanyak 75 kertas kerja telah dibentang dengan penglibatan pembentang dari pelbagai negara seperti China, Indonesia, Nigeria dan lain-lain lagi. Pemilihan tema IR 4.0 in Foreign Language Studies dilihat sebagai satu pendekatan yang boleh membawa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa asing ke tahap pendigitalan bertaraf antarabangsa.

Walau pun penganjuran kali ini dibuat secara maya, namun atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh ahli jawatankuasa maklum balas yang diberikan oleh pembentang dan peserta MICFL adalah sangat positif. Syabas diucapkan kepada pasukan MICFL kali ini meskipun pertama kali mengendalikan persidangan secara maya bertaraf antarabangsa sehingga mendapat liputan daripada pihak media seperti Astroawani.

Profesor Madya Dr Omrah Hassan @ Hussin selaku pengerusi MICFL 2021 merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan persidangan MICFL Kali Ke-17 untuk tahun 2021. Sehingga berjumpa lagi di MICFL akan datang.


Tarikh Input: 10/10/2021 | Kemaskini: 10/10/2021 | irfan.jamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDcQAt~