Bengkel Pemantapan Kerjaya Staf (P&P Dan Pelaksana) Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi 2019 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Bengkel Pemantapan Kerjaya Staf (P&P dan Pelaksana) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi 2019

Bengkel Pemantapan Kerjaya Staf (P&P dan Pelaksana) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi 2019

Pada 18 - 20 Januari 2019, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah menganjurkan satu Bengkel Pemantapan Kerjaya Staf (P&P dan Pelaksana) bertempat di Hotel Sentral Melaka. Objektif bengkel ialah untuk menjalinkan semula hubungan antara P&P dan staf Pelaksana sama ada yang lama atau baharu di samping memantapkan lagi kerjasama antara P&P dan Pelaksana, meningkatkan kefahaman staf tentang hala tuju kecemerlangan fakulti, sekali gus membantu Fakulti untuk mencapai penarafan 5 bintang dalam Pengurusan dan Pentadbiran menjelang tahun 2020. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Profesor Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad. Antara pengisian bengkel ini ialah, Perjumpaan Pegawai Bukan Akademik Kali Ketiga (Bil. 1/2019) untuk membincangkan permasalahan dan menyelesaikan masalah terutama yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing dengan lebih terbuka, Aktiviti dalam kumpulan (Explorace)  di Bandar Hilir, membina struktur yang melambang kedudukan setiap unit dalam Fakulti, dan lawatan ke tempat bersejarah.

GAMBAR 1: Majlis Perasmian Bengkel Pemantapan Kerjaya Staf Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi 2019 yang dirasmikan oleh Ybhg. Dekan FBMK, Profesor Dr. Abdul Mua’ti@Zamri Ahmad

 

GAMBAR 2: Perbincangan meja bulat bagi Perjumpaan Pegawai Bukan Akademik Kali Ketiga (Bil. 1/2019)

 

GAMBAR 3: Aktiviti berkumpulan, Explorace yang diadakan di Bandar Hilir, Melaka bertujuan memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan ahli kumpulan.

 

GAMBAR 4: Para peserta membina struktur yang melambang kedudukan setiap unit dalam Fakulti dengan menggunakan Lego

 

GAMBAR 5: Melawat tinggalan sejarah, Perigi Hang Tuah di Perkampungan Hang Tuah, Duyong Melaka.

Tarikh Input: 16/02/2019 | Kemaskini: 16/02/2019 | fazilanorintan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDdTAt~