Universiti Putra Malaysia (UPM) Menerima 205 Pelajar Baharu | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» ARTIKEL » Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima 205 pelajar baharu

Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima 205 pelajar baharu

10 NOV - (UPMKB) telah diraikan dalam Majlis bersama Naib Canselor dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sesi Akademik 2022/2023 Minggu Perkasa Putra (Ambilan Kedua) di sini, hari ini.
Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata para pelajar perlu memanfaatkan persekitaran kepelbagaian di UPM untuk bersama-sama memelihara suasana harmoni di kampus hijau ini.
"Saya berharap para pelajar UPM agar memperkayakan pengalaman dan pendedahan anda dalam hal ehwal antarabangsa dengan bergiat aktif dalam sebarang aktiviti yang mempunyai jaringan antarabangsa seperti mobiliti, persidangan pelajar, latihan industri dan pelbagai lagi peluang lain.
"Kebolehpasaran seseorang pelajar di era global di mata majikan dan industri pada masa kini dipengaruhi oleh kemampuan skil kepelbagaian bahasa dan pengalaman pelajar di peringkat antarabangsa," katanya.
Sementara itu, pelajar Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Tong kher terk, 23 berkata UPM merupakan pilihan yang terbaik buat dirinya.
Beliau yang juga pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal berharap untuk melakukan yang terbaik sepanjang pengajian dan berjaya dengan cemerlang.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), Prof. Dr. Nazamid Saari dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Prof. Dr. Arifin Abdu. - UPM

Tarikh Input: 05/01/2023 | Kemaskini: 05/01/2023 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDcRAj~