20 Jun 2023 - Taklimat Latihan Industri bagi pelajar tahun akhir program Bacelor Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM telah diadakan di Dewan Za'ba, FBMK pada pukul 9 pagi.
Taklimat ini dijalankan sebagai langkah persiapan awal bagi pelajar sebelum memulakan latihan industri mereka yang akan bermula pada awal bulan September 2023.
Taklimat ini telah dikendalikan oleh Unit Akademik dan Pelajar, FBMK dan pemberi taklimat adalah Dr. Tham Jen Sern, Penyelaras Latihan Industri Fakulti. Taklimat ini turut dihadiri para penyelaras latihan industri program bacelor FBMK.
Tarikh Input: 22/06/2023 | Kemaskini: 22/06/2023 | ma_husaini
PERKONGSIAN MEDIA