Seminar Sastera Kanak-kanak Dan Remaja Ke-12 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» ARTIKEL » Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja ke-12

Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja ke-12

13 Jun 2023 - Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja ke-12 yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Jaringan Komuniti Sastera Kanak-kanak dan Remaja, e-Media Sdn. Bhd, Genius @Pintar dan Pertubuhan Penulis Kuala Lumpur telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya.
Majlis perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa Dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),Tuan Haji Mohd Salahuddin Dato' Paduka Mohamed. Turut hadir Sasterawan Negara Ke-14, Yang Berbahagia Datuk Dr Siti Zainon Ismail sebagai ucaptama pada seminar ini.
Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan seminar ini. Dijemput hadir ke Dewan Zaa'ba pada jam 3 petang ini untuk menonton sesi forum sempena Sastera Kanak-Kanak Ke-12.

Tarikh Input: 14/06/2023 | Kemaskini: 14/06/2023 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEdEAH~