Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi Semester 1 Sesi 2022/2023 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» ARTIKEL » Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Semester 1 Sesi 2022/2023

Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Semester 1 Sesi 2022/2023

09 Jun 2023 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Semester 1 Sesi 2022/2023 adalah sebuah acara penghargaan yang diadakan untuk memberi penghormatan dan mengiktiraf para pelajar yang telah mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah berusaha keras dan mencapai pencapaian luar biasa dalam pelajaran pada setiap semester. Majlis ini berlangsung pada 08 Jun 2023 bertempat di Dewan Za'ba.
 
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang bagi semester ini. Diharapkan usaha anda ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Pepatah mengatakan "Menuntut ilmu biar sampai ke negeri China" boleh disematkan ke dalam jiwa para pelajar FBMK supaya lebih bersemangat untuk belajar sehingga berjaya.
 
Semoga dengan penganugerahan yang diberikan ini akan jadi pemangkin semangat untuk kalian terus berjaya lagi pada semester hadapan. Syabas dan Tahniah!

Tarikh Input: 12/06/2023 | Kemaskini: 12/06/2023 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEdNAz~