Forum Say It Louder! | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» ARTIKEL » Forum say it louder!

Forum say it louder!

SERDANG, 14 Dis – Forum Say It Louder! telah berlangsung pada hari ini bersama panel jemputan iaitu Pengasas Project Fearless and Clue to the Zoo, Ashiqin Shamsuri, Pensyarah Jabatan Komunikasi, FBMK, UPM, Dr. Diyana Kasimon dan Pempengaruh Media Sosial, Mark O’Dea di Dewan Za’ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM).

Forum itu membawa topik Influence and Publicity: Navigating the Social Media Landscape adalah anjuran pelajar Persatuan Mahasiswa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FALCOMM), UPM bagi memberikan pengetahuan khusus serta langkah-langkah bagi mempraktikkan ilmu publisiti kepada pelajar UPM

Pengarah program, Pretheveraj a/l Vijaya Perapagaran berkata, beliau berharap melalui forum tersebut pelajar UPM akan memahami lebih baik penggunaan sosial media dalam mempraktikan ilmu publisiti serta membina rangkaian secara individu dan organisasi.

“Pada masa kini media sosial kebanyakkannya memaparkan kandungan berunsur negatif bagi mengejar populariti dan sebenarnya terdapat cara yang beretika yang boleh diaplikasikan untuk menjadi seorang pencipta kandungan ataupun pempengaruh yang berkualiti,” katanya.

Peserta program, Zaty Zulaikha Z’ulfatah berkata sebagai seorang pelajar Bacelor Komunikasi, FBMK, UPM, forum itu sangat berinformasi dan beliau akui mendapat input yang baik melalui ketiga-tiga panel tersebut.

“Bagi saya ianya bagus untuk mengetahui secara mendalam mengenai ilmu publisiti serta dapat memperkukuhkan kemahiran saya dari aspek publisiti di media sosial yang boleh digunakan pada masa akan datang,” katanya.

Pelajar Bacelor Sastera (Bahasa Asing) dengan Major Bahasa Perancis, FBMK, UPM, Wong Chin Wee berkata program itu memberikan beliau pemahaman untuk menggunakan platform media sosial dengan betul serta memberikan beliau inspirasi untuk memghasilkan kandungan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

“Ini adalah penting kerana kita perlu cakna dalam penggunaan media sosial secara kreatif tanpa mewujudkan konflik serta kekeliruan untuk membuat perubahan yang positif kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, FALCOMM UPM adalah persatuan mahasiswa yang berada di bawah FBMK, UPM ditubuhkan untuk menjadi perantaraan dalam semua hal berkenaan dengan fakulti yang terdapat di dalam Universiti.

Tarikh Input: 09/01/2023 | Kemaskini: 09/01/2023 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEUKAs~