Anugerah Syed Kechik | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» ARTIKEL » Anugerah syed kechik

Anugerah syed kechik

Naib Canselor UPM serah Anugerah Syed Kechik kepada pelajar FBMK

SERDANG, 20 Januari - Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyerahkan Anugerah Universiti, Hadiah Syed Kechik iaitu Hadiah Universiti Sesi 2021/2022 tajaan Kumpulan Syed Kechik Sdn. Bhd. kepada pelajar Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, Aidil Asyraaf Abdullah.

Aidil Asyraf, yang kini berada di tahun kedua pengajian berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 pada tahun pertama.

Kemudiannya, pada tahun kedua beliau berjaya mengekalkan PNGK 3.842 sekaligus berjaya memenangi Hadiah Syed Kechik dan membawa pulang wang tunai RM2,000 dan juga sijil.

YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan berharap beliau akan terus mengekalkan prestasi akademiknya serta kemahiran insaniah sejajar dengan hasrat universiti untuk kebolehpasaran pelajar UPM menepati keperluan majikan akan datang.

“Sebagai pelajar tahun satu ianya bukan mudah untuk memperoleh penganugerahan ini dan saya berharap beliau akan terus cemerlang serta menjadi contoh kepada rakan-rakan seperjuangan,” katanya.

Aidil Asyraaf berkata, penganugerahan ini menjadi pemangkin semangat buat beliau untuk memperoleh Hadiah Universiti pada majlis konvokesyen akan datang bagi membanggakan keluarga tercinta.

"Saya mahu mengubah stigma masyarakat bahawa pelajar cemerlang bukan hanya fokus pada membaca buku dan sebenarnya kita perlu seiring dengan kemahiran insaniah kerana ianya penting dalam alam pekerjaan," katanya.

Sementara itu, Hadiah Syed Kechik ini dianugerahkan kepada pelajar tahun satu yang berjaya memperoleh PNGK cemerlang sejak dari tahun satu bagi menghargai mereka untuk terus cemerlang di UPM.

Tarikh Input: 26/01/2023 | Kemaskini: 26/01/2023 | ma_husaini

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEUKAa~